Rabu, 10 Jun 2009

Ideologi Kamal Atartuk Di Turki

Ideologi Kamal Atartuk Di Turki

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.

Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.

Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Renung dan fikirkanlah

63 petua bahagia

63 petua bahagia
TANPA sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan..

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49.. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Jumaat, 6 Februari 2009

"Serah pada Allah" - Nizar

IPOH: 5 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata beliau menyerahkan urusan pembubaran Dun Perak kepada Allah setelah berusaha dengan berbagai cara yang betul mengikut lunas undang-undang dan syarak. Iklan



Beliau turut menyeru seluruh rakyat solat hajat dan berdoa kepada Allah memohon supaya kerajaan Pakatan Rakyat Perak dapat diselamatkan.

Malam tadi penyokong-penyokong Pakatan Rakyat kelihatan begitu ramai berkumpul di sekitar kediaman Menteri Besar Perak.

Beliau menasihati orang ramai supaya bertenang, tidak menimbulkan kekacauan, provokasi dan tidak melanggar batas undang-undang.

"Serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan menyelesaikan kemelut ini," ujar Nizar.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki difahamkan 'agen-agen BN' telah memperdaya Adun Bota yang membawanya keluar dari rumahnya kononnya Raja Muda ingin bertemu.

Sepatutnya malam itu Nasarudin bersama semua Adun Pakatan Rakyat berada di rumah Menteri Besar.

Rupanya beliau dibawa ke Putrajaya dengan kawalan yang sangat ketat.

Menurut isterinya yang menceritakan kepada pimpinan PKR Perak sambil menangis suaminya dipaksa untuk menyertai semula BN.

Beliau sempat menghantar mesej pada suaminya dengan mengingatkan supaya jangan menjadi pengkhianat, tetapi mesej tersebut tidak berjawab.

Rumahnya di Ipoh dikawal dengan ketat oleh orang-orang yang tidak dikenali.

Peringkat awal, rumah mereka dikawal oleh petugas-petugas PKR.

Oleh kerana ramainya orang-orang yang tidak dikenali menceroboh masuk ke halamannya rumahnya, petugas-petugas PKR terpaksa mengundur diri kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini.

Mohamad Nizar menyeru seluruh rakyat Perak bersabar dengan cubaan jahat Umno ini.

Mohamad Nizar memberitahu ketika beliau melangkah keluar dari pintu Istana, Baginda Tuanku berpesan kepada beliau dengan membaca petikan ayat al-Quran yang berbunyi "Innallaha ma'assobirin"._


biasanya kita hanya pandang pada luaran saja,tapi tidak mengetahui apa disebalik yang berlaku...fikir-fikirla..

Rabu, 4 Februari 2009

Subhanallah.. Kepala Babi di Dalam Surau Akademi Pengajian Islam UM



Baru-baru ni saya ada menerima email dari seseorang,isu ini sebelum ni saya sudah tahu,dan mungkin ada yang sudah tahu,dan mungkin media masa dan pihak kerajaan tahu isu ini tapi sedikit pun tidak kita dengar dalam media masa atau media cetak,semua nya buat pekak telinga,mungkin yang melihat gambar ini agak terkejut dan mungkin ada yang buat endah tak endah je benda ni,cuba anda baca apa yang saya letak kan diblog ini:-
Gempar: Kepala Babi di Dalam Surau Akademi Pengajian Islam UM
Kuala Lumpur , 16 Jan - Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan 'PMI, PRO M, PAS' dijumpai di dalam surau tersebut.
Kepala binatang tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi sebelum Subuh.
Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam.
"Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam).
Slain itu, timbul persoalan kenapa kejadian begini berlaku dalam musim PRK sekarang, malah surau Akademi Pengajian Islam menjadi tumpuan?,"ujar beliau sambil mengajukan tanda tanya.

Selain itu, presiden Pro Mahasiswa Nasional merangkap Pro Mahasiswa Universiti Malaya, saudara Norazali Zainuddin menyatakan kejadian ini mungkin disebabkan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan tindakan Pro Mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan pendedahan isu termasuk rasuah dan penyalahgunaan wang dalam politik kampus.
"Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK [pilihan raya kampus] sekarang, selin itu, isu ini sengaja dicetuskan bagi mengalih perhatian umum kepada isu rasuah yang lebih besar,"ujar beliau.
Pilihanraya kampus kali disifatkan sebagai yang paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus apabila berleluasanya politik wang dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pihak dalam memenangi pilihanraya.
Isu rasuah TNC HEP yang dibawa oleh Pro Mahasiswa mendapat liputan dan respon panas dari pelbagai pihak. Ekoran dari isu ini, markas Pro Mahasiswa digeledah oleh pihak polis tanpa waran geledah dan kamputer riba diambil. Malah pagi ini, kejadian kepala babi dijumpai di surau API menimbulkan tanda tanya.
Pihak polis masih meneruskan penyiasatan atas kes ini.

Bahang pilihanaraya kampus Universiti Malaya semakin hangat. Kehangatan yangdirasai bukan hanya kepada mahasiswa bahkan juga Umat Islam yang manaIstitusi mulia umat Islam iaitu masjid dihina. Kepala Babi dibelah duadan diletakkan di dalam Masjid Akademi Pengajian Islam. Kejadiantersebut berlaku sekitar jam 5.00 pagi yang mana disedari oleh duaorang mahasiswa Univerisiti Malaya. Tindakan telah diambil oleh pihakKeselamatan Uiniversiti Malaya dan juga pihak berkuasa Polis berhubungdengan kejadian yang menghina institusi Umat Islam tersebut. Kejadianini merupakan kejadian yang pertama kali berlaku di dalam UniversitiMalaya
,


Dan apa yang saya nk tekankan disini buka la isu pilihanraya mahasiswa,tetapi saya nak tekan kan disini,walaupaun dilapit dengan bendera PAS ia bukan la menghina PAS,tetapi menghina orang islam seluruhnya,tempat ibadat orang islam dicemari kepala Babi,binatang yang diharamkan oleh islam untuk orang islam makan,apakah kita semua sekadar memekakkan telinga atau pun sekadar tidak ambil tahu sebab ini bukan masalah aku?dimana peranan media masa?TV1,TV3 yang hebat mempromosikan tahun melawat malaysia?dimana kah peranan media cetak?yang hebat meletakkan cerita-cerita sensasi?cerita-cerita perkahwinan artis yang disponser?dimanakah pemimpim-pemimpian malaysia yang beragama islam yang begitu hebat dan lantang bersuara bila Gaza di ceroboh oleh Israel laknatullah?ini bukan isu politik,tapi isu islam,isu agama,bila ada pihak-pihak tertentu mempermainkan islam,adakah islam begitu mudah dipermainkan???ayuh pemimpin-pemimpin islam di Malaysia..kenapa harus dipandang sahaja,ayuh bertindak atas dasar islam..sampai bila hendak merahsiakan perkara ini?membisu tiada suara.

Bila saya menulis,hati saya begitu sebak dan hiba bila islam senang-senang dipermainkan,dimanakah kehebatan islam sebenarnya?
walaupun isu ini lebih sebulan berlaku,rasanya tidak salah untuk saya bangkitkan isu ini semula,sebab ini isu islam penghinaan yang dilakukan pada orang islam..sampai bila perkara ini dan isu-isu seperti ini akan terus berlaku?
Wallahuaklam....

Selasa, 20 Januari 2009

Pilihan raya Kuala Terengganu..

Berikutan kematian Dato.Razali Ismail yang juga ahli parlimen Kuala terengganu,satu pilihan raya diadakan bg memilih calon pengganti dato Razali.Calon yang bertanding pilihan raya Kuala terengganu melibat kan 3 penjuru yang mana BN diwakili oleh Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh,PAS diwakili oleh Mohd Abdul Wahid Endut dan Bebas diwakili oleh Azharudin Mamat.

Keputusan Pilihan Raya Kuala Terengganu ada lah seperti berikut:

BN : Datuk Wan Ahmad Farid Wan SallehJumlah Undi: 30,252
PAS:Mohd Abdul Wahid EndutJumlah Undi: 32,883
BEBAS:Azharudin MamatJumlah Undi: 193

Majoriti:2,631
Undi Rosak:665
Pemilih berdaftar:80,229
Keluar Mengundi:63,993
% Keluar Mengundi:79.9%

Semasa pilihan raya berlangsung saya sempat merakam beberapa gambar untuk tatapan semua:




muslimat turut serta


tolong menolong



memberi sokongan


petugas

sedikit kekecohan

kaum bukan islam

sombongnye



tiada masalah bersebelahan


waktu subuh pukul 5 pagi





membakar semangat



malam keputusan




selepas tahu keputusan



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut dijangka mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat sehari selepas perasmian Persidangan Parlimen, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Kedua Belas (2009), pada 17 Februari depan.


Jumaat, 16 Januari 2009

KISAH WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR

Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.

Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.

Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat.

Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?
"Wali Allah itu berkata, "Saya adalah Awais Al-Qarni.

"Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju.

Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.

Rabu, 14 Januari 2009

Renungan bersama...

Berkata ABu Said r.a Bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda: Allah telah berfirman:" Berkata Iblis kepada Tuhannya: Demi kemuliaanMu dan keagunganMu, aku akan terus menerus menyesatkan anak-anak Adam, selama roh-roh ada pada jiwa mereka. Menjawab Tuhan kepadanya: Demi kemuliaan Ku dan Keagungan Ku, Aku akan terus meneres mengampuni mereka selama mereka memohon ampun kepadaKu"(Riwayat Abu Nu'im)

Berkata Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi saw telah bersabda: Allah telah berfirman:"Wahai anak adam! Selama engkau menyerukan dan MengharapkanKu, maka Aku tetap akan mengampunimu di atas yang Engkau Lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! jika Engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi dan engkau menemuiku sedang tidak menyekutukanKu dengan sesuatu pun niscaya Aku akan mendatangimu dengan keampunan sepenuh itu juga"(Riwayat Ibnun Najjar)

Berkata Ibnu Abbas r.a bahawasanya Nabi saw telah bersabda: Allah telah berfirman:"Wahai anak Adam! Selama Engkau berdoa kepadaku, dan engkau mengharap-harapkanku, maka Aku akan mengampunimu di atas segala dosa yang Engkau perbuat sampai kiranya engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi, nescaya aku akan datang kepadamu dengan maghfirat(keampunan) sepenuh bumi juga. Hanya satu saja (jangan engkau lakukan), iaitu jangan mensyirikkanKu dengan yang lain. Biar kesalahan-kesalahanmu sampai ke langit sekalipun, kemudian engkau memohon ampun kepadaku, nescaya aku ampunimu."(Riwayat Thabrani)

Berkata Ibnu Abbas r.a bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda, Allah telah berfirman:"Siapa yang telah mngetahui, bahawasanya Aku ini berkuasa untuk mengampuni segala macam dosa, maka Aku akan mengampuninya, dan Aku tidak peduli selama ia tidak menyekutukan sesuatu pun dengan Aku"(Riwayat Hakim dan Thabarani)