Selasa, 20 Januari 2009

Pilihan raya Kuala Terengganu..

Berikutan kematian Dato.Razali Ismail yang juga ahli parlimen Kuala terengganu,satu pilihan raya diadakan bg memilih calon pengganti dato Razali.Calon yang bertanding pilihan raya Kuala terengganu melibat kan 3 penjuru yang mana BN diwakili oleh Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh,PAS diwakili oleh Mohd Abdul Wahid Endut dan Bebas diwakili oleh Azharudin Mamat.

Keputusan Pilihan Raya Kuala Terengganu ada lah seperti berikut:

BN : Datuk Wan Ahmad Farid Wan SallehJumlah Undi: 30,252
PAS:Mohd Abdul Wahid EndutJumlah Undi: 32,883
BEBAS:Azharudin MamatJumlah Undi: 193

Majoriti:2,631
Undi Rosak:665
Pemilih berdaftar:80,229
Keluar Mengundi:63,993
% Keluar Mengundi:79.9%

Semasa pilihan raya berlangsung saya sempat merakam beberapa gambar untuk tatapan semua:




muslimat turut serta


tolong menolong



memberi sokongan


petugas

sedikit kekecohan

kaum bukan islam

sombongnye



tiada masalah bersebelahan


waktu subuh pukul 5 pagi





membakar semangat



malam keputusan




selepas tahu keputusan



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut dijangka mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat sehari selepas perasmian Persidangan Parlimen, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Kedua Belas (2009), pada 17 Februari depan.


Jumaat, 16 Januari 2009

KISAH WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR

Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.

Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.

Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat.

Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?
"Wali Allah itu berkata, "Saya adalah Awais Al-Qarni.

"Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju.

Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.

Rabu, 14 Januari 2009

Renungan bersama...

Berkata ABu Said r.a Bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda: Allah telah berfirman:" Berkata Iblis kepada Tuhannya: Demi kemuliaanMu dan keagunganMu, aku akan terus menerus menyesatkan anak-anak Adam, selama roh-roh ada pada jiwa mereka. Menjawab Tuhan kepadanya: Demi kemuliaan Ku dan Keagungan Ku, Aku akan terus meneres mengampuni mereka selama mereka memohon ampun kepadaKu"(Riwayat Abu Nu'im)

Berkata Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi saw telah bersabda: Allah telah berfirman:"Wahai anak adam! Selama engkau menyerukan dan MengharapkanKu, maka Aku tetap akan mengampunimu di atas yang Engkau Lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! jika Engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi dan engkau menemuiku sedang tidak menyekutukanKu dengan sesuatu pun niscaya Aku akan mendatangimu dengan keampunan sepenuh itu juga"(Riwayat Ibnun Najjar)

Berkata Ibnu Abbas r.a bahawasanya Nabi saw telah bersabda: Allah telah berfirman:"Wahai anak Adam! Selama Engkau berdoa kepadaku, dan engkau mengharap-harapkanku, maka Aku akan mengampunimu di atas segala dosa yang Engkau perbuat sampai kiranya engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi, nescaya aku akan datang kepadamu dengan maghfirat(keampunan) sepenuh bumi juga. Hanya satu saja (jangan engkau lakukan), iaitu jangan mensyirikkanKu dengan yang lain. Biar kesalahan-kesalahanmu sampai ke langit sekalipun, kemudian engkau memohon ampun kepadaku, nescaya aku ampunimu."(Riwayat Thabrani)

Berkata Ibnu Abbas r.a bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda, Allah telah berfirman:"Siapa yang telah mngetahui, bahawasanya Aku ini berkuasa untuk mengampuni segala macam dosa, maka Aku akan mengampuninya, dan Aku tidak peduli selama ia tidak menyekutukan sesuatu pun dengan Aku"(Riwayat Hakim dan Thabarani)

Hukum Memberi Salam dan Menjawab Salam Orang Bukan Islam

Oleh: al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri 013 3621236

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda:لا تبدأوا اليهود ولا النصارى بالسلام فإذا لقيتم أحدهم في طريق فاضطروه إلى أضيقه
Maksudnya: “Janganlah kamu mulakan orang-orang Yahudi dan juga orang Nasrani dengan salam. Justeru itu, sekiranya kamu menemui seseorang mereka di jalan tolaklah mereka ke jalan yang paling sempit.

Ulama berbeza pendapat dalam menyelusuri fiqh (kefahaman) hadis ini. Kebanyakan mereka memutuskan bahawa haram memulakan ucapan salam kepada mereka. Sebahagian pula berkata ianya tidak haram tetapi makruh.

Seorang fuqaha iaitu Abu Sa`ad berpendapat, sekiranya seorang muslim ingin memberi ucapan hormat kepada bukan Islam dia boleh melakukannya dengan lafaz yang lain daripada lafaz salam. Contohnya dengan menyebut: (هداك الله ) maksudnya moga Allah memberi hidayah kepada kamu atau (أنعم الله صباحك) maksudnya moga Allah memberi anugerah di waktu pagimu ini. Imam Nawawi menyetujui pendapat ini tetapi dengan tambahan: sekiranya ianya diperlu. Antara contoh ucapannya bagi Imam Nawawi ialah ucapan selamat pagi, pagi yang bahagia, pagi yang baik, moga Allah kurniakan kamu dengan kebahagian di waktu pagi, atau nikmat di waktu pagi dan seumpamanya. Sekiranya tidak perlu maka pilihannya ialah jangan mengucapkan apa-apa. (Nawawi, al-Azkar, Dar al-Khayr, hlm. 311)

Pandangan ini bagi saya sesuai diamalkan oleh umat Islam di Malaysia pada hari ini. Mereka boleh menyatakan selamat pagi kepada bukan Islam tanda penghormatan, atau berdoa moga Allah bagi hidayah atau seumpamanya. Ucapan-ucapan ini boleh mendekatkan mereka dengan bukan Islam sebagai satu pendekatan dakwah.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah saw bersabda:إذا سلم عليكم أهل الكتاب فقولوا وعليكم
Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh ahli Kitab, jawablah “wa`alaikum”.

Imam Bukhari pula meriwayatkan daripada Ibn `Umar –radiyallahu `anhuma- katanya; Rasulullah saw bersabda:إذا سلم عليكم اليهود فإنما يقول أحدهم السام عليك فقل وعليك
Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh Yahudi, mereka hanya menyatakan Assaamu `alaikum (mampuslah kamu), maka jawablah: wa `alaik (dank e atas kamu juga).Daripada kedua-dua hadis diatas para fuqaha mengambil hokum apabila seorang muslim diberi salam oleh bukan Islam, jawapan yang diberi ialah wa `alaik atau wa `alaikum (dan ke atas kamu juga).

Imam Mawardi menghikayatkan satu wajah di kalangan ashab Syafie iaitu harus memulakan salam kepada bukan Islam dengan menyebut Assalamu `Alaik sahaja bukannya Assalamu `Alaikum. Begitu juga boleh menjawab salam mereka dengan Wa `Alaikum Salam, tapi tidak menyebut warahmatullah. Imam Nawawi menegaskan bahawa kedua-dua pendapat ini adalah janggal dan ditolak. (Nawawi, al-Azkar, Dar al-Khayr, hlm. 311)

Kesimpulan perbahasan di atas ialah ucapan salam adalah ucapan khusus untuk umat islam. Justeru, untuk bukan Islam tidak perlu digunakan lafaz salam tetapi boleh digunakan lafaz-lafaz penghormatan yang lain.

Selasa, 13 Januari 2009

kisah ulama dan pramugari....

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.....

Qunut Nazilah

Yahudi laknatullah..sama-sama kita membaca qunut nazilah semoga menghancurkan yahudi lannatullah..










Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kamiDan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan merekaYa Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu ke atas merekaWahai Tuhan Yang Gagah Perkasa Wahai Tuhan Yang Maha Penghukun Wahai Tuhan yang bersifat murkaYa Allah, Ya Allah, Ya AllahWahai Tuhan yang menurunkan Kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.

Isnin, 12 Januari 2009

Selamat datang...

Assalamualaikum...
rajin-rajin la berkunjung ke laman hijrah
mudah-mudahan kita sama-sama dapat berkongsi maklumat..